Hello people.
Saya cuma mo (mahu) berkongsi sajak yang baru saya buat tadi. Saya ni memang jarang compose sajak tapi entah kenapa kali ni, tiba-tiba terasa mo buat pula. Sajak ni berkisar tentang kehidupan saya sebagai seorang siswazah yang tengah dilanda assignments yang berlambak. Hehe~
Sajak Siswazah
by Fanzi Ruji
Masa sibukku sudah menjelma,
Masa tidurku tidak terjaga,
Maggie menjadi teman setia,
Mencari ilham sampai pukul tiga.
Rambutku panjang tidak terurus,
Ranjangku nasib lah baik sentiasa kemas,
Riang ria cuma sekilas,
Rancak menaip sambil menangis.
Inilah kehidupan seorang siswazah,
Inginku lari namun payah,
Inginkan masa hadapan yang indah,
Inilah realiti yang harus dijamah.
So, amacam? Ada bakat kah? Hehehe~ I just found out, composing a poem is one of the good ways to release my stress and fill my empty time. I should do this more often. Insyaallah.
5 comments:
trus sa tringat sajak sa d skola menengah dlu.hehehe
ya ka? kasi letak d blog ko ba. mo baca. hehe.
Ala kesiannya.. Kenape sampai macam tu Fanzi? Oklah I balas poem U tu k and pasti lepas ni stress U akan hilang.
Masa sibukmu sudah menjelma,
Masa tidurmu tidak terjaga,
Usaha kerasmu sbg petanda,
Kejayaan menanti di penghujungnya.
Rambutmu panjang tidak terurus,
Ranjangmu nasib sentiasa kemas,
Menangismu nanti kerana lulus,
Teruskan usaha dan jangan tewas.
Inilah kehidupan seorang siswazah,
Inginmu lari namun payah,
Inilah hadiah dari keperitan yang susah,
Segulung ijazah senyuman melimpah.
mcm pantun pon ade..rima sume cukup..
teruskan berkata-kata....:)
Post a Comment