Monday, January 17, 2011

Weekend at Malacca. [AMARAN: Post ini buleh tahanlah panjang dia] Part 1

Hello semua pembaca blog sy yang setia (kalau adalah). Apa khabar semua?

Malam ni sy rasa macam mau demam. Trus otak pun macam biul-biul sikit nih.

Sempena kebiulan otak nih, sy rasa sy mau buat satu perubahan. What kind of perubahan? Alaaa, bukan perubahan yg life-changing pun. Perubahan sikit-sikit jak.

Kalo kamu pembaca blog sy yang setia, mesti kamu dapat kesan apa perubahan yg sy maksudkan disini kan? Hehe~

Sebelum ni kan, semua posts sy ditulis/ditaip dalam bahasa Inggeris. Sy pakai bahasa Inggeris sebab sy ni kan budak TESL. Jadi memang kewajipan lah communicate pakai BI. Tapi semenjak dua menjak ni macam malas betul sy mau mengarang dalam BI. BM sy pun makin teruk sebab jarang praktis. Haha~

Maka dengan itu, mulai dari saat ni, sy mo mengarang/menaip dalam dua-dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu slang/loghat Sabah sebab sy orang Sabah bah. Buleh kah tu? Hehe~ Tu pembaca-pembaca blog sy yang dari US or Europe mesti tia setuju kan? Ceit~ Macam lah femes sangat ni blog sampai orang luar pun baca kan. Haha~

Tia bah. Gurau-gurau saja. Kalo sy rajin sy tulislah dalam BI jugak nanti. Kalo kenen-kenennya sy tukar mood academic, nanti sy post blog dalam BI la. Apa-apa pun kamu enjoy dulu post yang ni. Kalo kamu enjoy baca, terima kasih. Kalo ada perkataan yang kamu tia paham, tanya jak di bahagian komen nanti. Ni pok-pok ada orang mo komen la ni kenen nih. Haha~ Kalo kamu tia suka, apa buleh buat lah. Mintak maaf daun keladi.

Actually, sy baru balik dari Melaka nih. Semangat mo share pengalaman time di Melaka. Mula-mula teda plan pun mo pigi Melaka. Sy ada try participate untuk yang DiGi punya camp tu, anjuran Nuffnang jugak. Tapi malangnya tia terpilih. Apa buleh buat. Kawan sy 3 orang terpilih. Tia aci. Haha~ Tida ba. Itu rezeki diorang lah.

Pas tu tiba-tiba pulak c Haiqal, one of the famous bloggers tu ajak pg Melaka. Apa lagi, sy pun trus cakap YES! At least terisi jugak masa lapang sy yang memang lapang sekarang nih. Awal-awal semester kira masih free lah. Buleh la enjoy round-round sana sini.

FYI, ni second time sy pg Melaka. Last year sy pg Melaka dengan course-mates. Time tu kami banyak round-round di sekitar bandar Melaka jak lah. Kami naik menara Tamingsari tengok pemandangan Melaka dari atas, shopping, tengok wayang etc. Kali ni experience sy di Melaka lain sikit. Ini la yang sy mo crita nih.

So petang Sabtu tu (15 Jan 2011), c Haiqal and abang Amir Rayyan datang ambik sy di Seksyen 17 Shah Alam. Pas tu singgah sorang kawan lagi (yang ni pun blogger jugak) di Seksyen 2. Nama dia Wan. After that, kami pg ntah dimana tu singgah sorang lagi kawan nama dia Anas. Haaa~ Dia ni ada sedara mara di Melaka so senanglah mau cari tempat tidur. Hehe~

Maka bermulalah perjalanan kami ke Melaka. Tia ingat berapa jam di jalan raya tu tapi sampai jak kami di sana, kami trus serang itu shopping mall. Mula-mula kami makan di Seleria Food Court (kalau tida silap). Tapi makanan dia tia sedap tapi sebab lapar, licin jugaklah tu pinggan. Haha~

Lepas tu kami g masuk kedai jual barang-barang baby sebab dorang Haiqal and the gang mau beli hadiah untuk newborn baby c Cik Eazy (pun blogger jugak). Eazy ni kawan Haiqal jugak. So lepas siap shopping barang-barang baby tu kami plan mau pg Jonker Walk.

Ni Haiqal dan Anas.

Ni sy dan Wan.

Yeay! First time naik beca. Kami naik beca dari shopping mall tu sampai lah ke Jonker Walk. Bila tanya berapa mo bayar, uncle tu mintak RM20. Mahalnya. Ingatkan setakat RM5 ja ka. Haha~ Kami pun bayar saja lah. Lagipun rupa-rupanya bukan senang kerja mengayuh beca ni. Berpeluh-peluh bah tu uncle mengayuh basikal dia. Berpatutan la dengan titik peluh dia kami bayar RM20 per beca. Waktu naik beca tu rasa macam selebriti kenen sebab beca tu belampu-lampu. Meriah betul. Haha~

Sampai di Jonker Walk, seperti biasa kami pun round-round lah. Huhu~

Anas tengah melihat-lihat pemandangan.

Wan tengah posing. Huhu~


Jonker Walk World Heritage Park.

Tengah rehat-rehat di Jonker Walk World Heritage Park.

From left: Anas, me, Wan and Amir Rayyan. Photographer: Haiqal.

Haiqal pla skarang yang ada dalam frame. Photographer: Amir Rayyan.

Candid ka apa ni? Haha~

Lepas sda siap rehat-rehat, sambung lagi round-round di area sana. Oleh sebab budget yang sikit sebab 'gaji' blum masuk, sy just beli 3 ketul magnet icebox jak. Kesian. Tida apa lah. Yang penting ada juga ingat-ingatan di sana. Hehe~


Pilih-pilih jangan malu-malu. Huhu~


Oh ya, di park tu kami jumpa dengan dua orang lagi (pun bloggers jugak). Tapi tia lama la sebab lepas tu dorang blah sebab ada hal. Kami pulak trus blah pg di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (first time dengar nama tempat ni, macam bingung sekejap sebab ajaib tefikir ikan bakar terapung).

There, only seafood yang available tau. Rasa macam gerun sikit jugak lah sebab sy tia suka seafood. Tapi act cool kenen sebab yang lain mau makan ikan bakar kan. So, kami pg lah masuk restoran Nakhoda Seafood nih.


Ni antara makanan yang kami order. Nasib baik ikan sy masih buleh makan. Ini jak la yang sy blasah. Hehe~


Sayur ni sedap. Campur ikan masin.

Haiqal dengan Tom Yam Ketam. Sedap siot sup tom yam tu walaupun ada ketam. Ketam sy tia makan aaa.


Anas hepi sauk nasi. Haha~

Lepas makan tu, kami gerak p rumah nenek Anas, tidur sana untuk malam tu. 

OK, habis untuk entry pertama. Nanti esok-esok sy post entry bahagian 2. Mengantuk la. Esok ada kelas 8.30 pagi. Blum mandi lagi. Lepas ni mau g mandi and then tiduuur.

Thanks for reading. 


P/S: Semua pics ni ambik dari Haiqal. Thank you Haiqal.

7 comments:

Qarl said...

hahaha

thanks 4 spending time with us

Fanzi Ruji said...

laju comment. hahaha~

mr.syazwan said...

Laju post..

hahaha

TERBAIK!

jumpe lagi ye..

lepas ini tak tahu la pulak

apa akan menyambut kedtgan kita

asap lagi ke? ke api?

hahaha

thanks sudi "gila" jugak

^_^

Amir Naufal said...

ada blog rupanya fanzi nie..salam perkenalan..
sayang x dpat borak lama2...:)

Fanzi Ruji said...

ada blog tp jarang update pun. blog suka2 je. nnt kalo free lepak sama2 lah lg.

Hans said...

bpe juta abs duit 2 panji hehehe ..

Fanzi Ruji said...

lebih kurang 10 ringgit je. hehehe.