Monday, April 4, 2011

Jangan Tangguh Buat Assignment

Masyaallah. 

Hari ni saya sangat penat + mengantuk. Tadi saya ada 3 kelas; Classroom Management (CM), Methodology in Teaching Writing (MTW) & Methodology in Teaching Grammar (MTG). Dan buat pertama kalinya dalam sejarah, saya tidur sepanjang masa dalam ketiga-tiga kelas / kuliah tersebut. Oh salah! Ada sedikit exaggeration di situ. Actually saya tidak tidur dalam kelas MTG sebab tadi ada microteaching. Microteaching ni best. Maka tendency untuk tidur tu kurang. Lagipun tadi kawan saya yang present, so, wajib lah support dia. Kalau saya tidur, confirm kena sepak oleh dia. Hehe.

Anyway, saya sangat penat hari ni sebab semalam saya tidak tidur langsung.

SOALAN: "Pasal apa tidak tidur?"

Sebab semalam saya buat literature review. Actually assignment tu simple saja. Tidak susah pun. Cuma perlu merepek mengarang kisah dongeng. However, oleh sebab mau siapkan video untuk microteaching kawan saya, saya pilih untuk mengorbankan waktu tidur saya. Takut juga kalau video tu tidak sebagus yang diharapkan. Alhamdulillah, kawan saya cakap dia suka. Fuh! Saya bangga. Actually, saya memang minat bab-bab create / edit video ni. Rasanya nanti kalau ada peluang, saya mau involve dalam bidang ni and make money out of it. Amin.

Sambung cerita, selepas siap edit video, barulah saya buat literature review. Taip punya taip punya taip punya taip punya taip, akhirnya siap juga. Alhamdulillah. Time tu sudah pukul 7.30 pagi. Kelas pula start pukul 8.30 pagi. Lepas print assignment, saya terus gi mandi. Lepas mandi, pakai baju dan seluar, set rambut dan pakai minyak wangi, saya terus blah pi kelas. Dalam kelas pula, saya ter-blackout. Maksudnya saya tertidur lah. Rasanya dalam kelas tadi macam-macam aksi tidur yang ter-display. Ramai kot yang gelak dekat saya tadi. Malu. Haha.

Moral of the story, jangan tangguh buat assignment. Siapkan assignment awal-awal supaya boleh enjoy time kawan-kawan lain bertungkus-lumus menyiapkan assignment. Mesti diorang sakit hati tengok. Haha. 


4 comments:

Madd said...

paling xsuka buat asgnmnt...
uhuhhuhuuhhu

Primadona said...

hahaha..

aku pun macma tu jugak.semalam aku x tidur langsung gara-gara nak siapkan assignment.Student memang macam tu.. :)

Unknown said...

patt laa mengantuk...byk keja nye dia ni..miahaha...

Saisuki said...

Panj, kita kn kategori vampire, slalu late sleep mo buat paperwork jak..haha..