
Konsert semalam dibuka dengan persembahan Aiman. Aiman punya suara sedap. Kalau dengar live di dewan tu memang sedap. Tapi as usual, persembahan Aiman ditenggelami oleh Salma dan Iqa. Saya rasa Aiman ni kekurangan teknik nyanyian lah. Dia nyanyi agak mendatar. Maksud saya, dia kurang bermain dengan suara dia. Semalam dia ada apply beberapa teknik seperti fallsetto dan whisper. Tapi still tidak cukup sebab pesaing-pesaing dia memang hebat tahap _____________ (sila isi tempat kosong). Persembahan kedua Aiman best. Dia nampak lebih confident. Satu benda saja yang kurang pada Aiman. Dia di-overshadow oleh penyanyi undangan, Roy. Macam Aiman pula jadi penyanyi undangan. But still, Aiman did rock the stage last night. Congratulations!

Iqa pula tidak kurang hebatnya semalam. Kelebihan Iqa ialah gimmick persembahan yang memang A+. Dia sangat beruntung sebab dapat Edry sebagai mentor. Terbingung saya sekejap di dalam dewan semalam apabila Allahyarham Sudirman 'muncul' dan berduet dengan Iqa. It was a huge moment of surprise. Throughout her Merisik Khabar performance, I could not take my attention away from Allahyarham Sudirman. Dia terlalu 'besar' untuk digandingkan bersama Iqa. Nonetheless, Iqa delivered a great performance, assisted by awesome gimmick.
4 comments:
abg, i have not been watching mentor for quite sometime, but since you said that they are good, i will give myself a chance to watch...hehe
da macam main silangkata, isi tempat koong tu tengah fikir ape lah tu.hehe
tahap gaban kot... hahaha.. but, d concert was amazing!
what can i say... salma was amazing that night...
Post a Comment