Tuesday, March 1, 2011

Kisah Benar: Cupcake

Photo: Google

Ini cerita tentang kawan saya yang bernama Ali. Untuk pengetahuan anda, Ali bukan nama sebenar beliau. Nama sebenar beliau dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. 

Kisah ini berlaku di TESL Square INTEC UiTM Seksyen 17 Shah Alam. Kejadian berlaku disekitar pukul 12 tengahari.

Al-kisahnya macam ini.

Cuaca pada hari itu sangat panas. Ali dan dua orang kawannya kelihatan sedang berlegar-berlegar di sekitar TESL Square untuk mencari tempat berteduh daripada tikaman cahaya matahari. Setelah penat mencari, akhirnya mereka menemui sebuah kerusi panjang.

Di atas kerusi panjang itu terletak beberapa buah buku, sebuah beg sandang, segelas minuman dan sepotong kek cawan yang sebahagiannya telah dimakan. Walaubagaimanapun, pemilik kepada barang-barang tersebut tidak pula kelihatan. Ali dan kawan-kawannya memutuskan untuk duduk di atas kerusi panjang tersebut memandangkan tuan punya barang-barang di atas kerusi tersebut tidak berada di situ. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka berehat dan berlindung daripada sinaran cahaya matahari yang panas terik itu.

Tidak lama selepas tu, seorang wanita kelihatan berjalan menghampiri mereka. Wanita tersebut merupakan pemilik kepada barang-barang di atas kerusi tersebut. Dia datang untuk mengambil barang-barangnya di atas kerusi itu. Sewaktu wanita tersebut sedang giat menyusun buku-bukunya, Ali, dengan nada serius, berkata "Minta maaflah Kak sebab saya termakan kek cawan tu. Saya lapar sangat tadi."

Photo: Google

Wanita itu terkejut lalu berkata "OK." Dia terus berlalu pergi tanpa mengambil minuman dan kek di atas kerusi itu. Sejurus selepas kelibat wanita itu hilang, mereka bertiga terus sahaja ketawa terbahak-bahak. Nampaknya 'prank' Ali berjaya lagi. 


4 comments:

syam said...

kejamnya kamu 3 -.-

[ nota + comei ] said...

Ala sebenarnya kakak tu tak heran pun si Ali ni nak makan ke nak telan terus ke sebab bukan dia punya pun.

Takkan dah lama dia lempar terus ke muka si Ali tu haha.

Aly89 said...

Hmm...Ali la sgtttt...

Fanzi Ruji said...

kamu kenal meh c Ali?