Tuesday, March 2, 2010

Saya Emo


Untuk pengetahuan anda semua, at this very moment, sy sangat teringin hendak menjerit sekuat hati. Tidak tau la kenapa. Sebab pada hari ini saya sangat emo kot

Kenapa cuaca sekarang sangat panas? Panasnya sangat lah bikin panas. Duduk diam-diam di rumah pun boleh berpeluh macam pegi jog or berkawad di waktu tengahari. Bayangkan, air pun panas. Niat mau mandi untuk sejukkan badan tapi lain plak jadi. Time mandi pun boleh berpeluh-peluh. 



"Arrrrrg!!! Geraaaaaaaaaaammmmmmm!!!"



Saya masih ingat waktu saya kecik-kecik dulu. Cuaca tidak lah panas macam ni. Dulu-dulu cuaca di kampung saya sejuk sampai mau mandi pun tidak sanggup. Tapi sekarang? Apa suda jadi? 

Nasib baik, di kampung saya tu cuacanya masih lagi sejuk sampai sekarang. Belum panas sebab masih banyak pokok-pokok. Di Shah Alam sekarang ni panas macam tuuuuut. Mungkin sebab kurang pokok. Ya la kan. Makin maju makin banyak bangunan dibina. Lepas tu pokok-pokok ditebang. Kesian.

Maka dengan itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita menanam lah pokok. Lagi banyak pokok lagi sejuk lah cuaca ni sebab makin banyak oksigen dihasilkan. Jangan beli aircond. Kalau kita guna aircond, walaupun ia menyejukkan rumah atau bilik kita, ia juga menyumbang kepada pemanasan global. Bagus guna kipas saja. Walaupun tidak se-kick aircond tapi at least tidak bagi kesan buruk sama environment. Tapi kan, ada aircond yang environment-friendly kan? So belilah lah aircond yang itu. Jangan beli aircond jenama X.

Alaa, cakap senang la kan. Suruh tanam pokok tapi saya sendiri tidak tanam. Macamana mau tanam, tanah pun tidak ada. Tambahan pula, saya tidak tau tanam pokok. So, the best I can do is remind you guys yang mampu and terer tanam pokok tu supaya tanam lah pokok-pokok. Saling ingat-mengingatkan itu amalan baik kan. Kalau saya ada tanah saya pun tanam pokok buah-buahan. Waktu petang boleh duduk di bawah pokok sambil makan buah. Sedap tu.

OK lah, rasa OK sikit sekarang lepas mencarut. Minta maaf lah tuan-tuan dan puan-puan kalau post ni buat kamu emo juga. Maybe lepas ni korang akan pikir macam takda faedah baca post ni, pas tu korang plak stress. So saya mintak maaf awal-awal. Kalau stress tu jom la kita nyanyi. Walaupun buat pencemaran bunyi, yang penting kita happy. Kan?


Gambar ni betul-betul ngam dengan saya. Pagi stress sebab panas. 
Malam pun stress sebab tidur x selese sebab panas. 



12 comments:

Qarl said...

g lepak dlm bilik mandi

psg shower je

Fanzi said...

haha.. pas ni.. pas ni..

Karl, dah dpt gambar2 dr Adi?

ayie said...

haha..kt manjung pon dang hot..

syam said...

hahahahaha ketawa sy bc ni tau. TAPI sy sgt setuju ni s.a PANAS mcm si** tutttttt.

Dewi Batrishya said...

Aq suka la gmbr kucing tu..
Sebijik mcm ko.. huhuhu..
Yeap! S.Alam is Panasss... >.<

ElboVyra said...

ba pa lg~ pg la tanam2 pokok..wakakkaa..

Amir Rayyan said...

shah alam panas???setuju...hehehe...take care fanzi...1st time komen..hehehe

Fanzi said...

thnk u Amir Rayyan.. =)

luxperpetua said...
This comment has been removed by the author.
luxperpetua said...

shah alam panas sebab ade aku.
hahaha
aku kan hot. lol

p/s: kau dudukla dalam peti sejuk.hee

jejaka anggun said...

x yah tanam pokok besar2, tanam pokok kecik2 dlm pasu pun oke....

Ims said...

the right time to get tanned, and sexy!