Wednesday, March 3, 2010

Who Wants To Be A Millionaire?

Sekarang ni terlalu banyak program cari duit di internet. Ada Jutawan Facebook, Catcheye dan macam-macam lagi lah. So apa pendapat kamu semua tentang hal ni?



Dulu saya pernah join program macam ni tapi bukan melalui internet lah. Kita kena bayar orang tu and selepas sebulan dapatlah pulangannya. Time tu saya sangat excited sebab saya fikir boleh kaya la konon. Terbayang-bayang sudah duit beribu-ribu depan mata. Tapi malangnya, program tu tutup. Bila orang tu bagitau saya yang program tu sudah takda, rasa marah tahap dewa dewi. Tapi apakan daya, sudah tidak boleh buat apa-apa. Tinggal lah saya di situ sendirian dengan mata yang terkebil-kebil. Sejak dari tu saya berazam dan berjanji tidak akan join lagi benda-benda macam tu. Sekali tertipu tidak apa, jangan dua kali tertipu. Bak kata Leann Rymes "Shame on you if you fool me once, shame on me if you fool me twice."

Most of the programs sound very promising. Especially yang kita tidak payah kluarkan modal. Contohnya Catcheye. Tidak payah kluar modal, just invite orang masuk jadi downline saja and then dapat duit. Dia bayar 1 sen (kalau tidak silap lah) per person yang kita invite. Bayangkan kalau kita invite beribu-ribu orang. Fuh, lumayan kan? Haha! Program yang macam ni, in my opinion, tidak mendatangkan mudarat. Sebab apa? Sebab kita tidak payah kluarkan modal. Hehe! Kalau fikir betul kan, macamana mau jadi kaya kalau tidak invest? Most of the rich people in the world invest their money to get rich. So, how the hell are we going to get rich without even investing a little amount of money? Well, maybe zaman sekarang ni tidak mustahil boleh jadi kaya tanpa kluarkan modal. Everything is possible with this thing we call internet. Hebat betul lah internet ni. 

Saya sudah register kat Catcheye. Haha! Program ni macam best sebab tidak payah kluarkan modal. Kalau ada yang berminat mau tau pasal Catcheye, klik [CLICK HERE]. Kalo rasa berminat dan tidak memudaratkan tu, just register lah.

Apa-apapun, jangan biarkan diri anda tertipu oleh program-program sebegini. Program-program ni semuanya nampak macam boleh bagi keuntungan besar tapi most of the time, semua tu tipu. Saya sudah tertipu sekali. Hopefully tidak akan tertipu lagi. Pandai-pandai la guna akal yang Tuhan sudah bagi tu untuk kebaikan diri sendiri. Duit sangat penting tapi jangan terlalu ghairah cari duit sampai benda-benda lain dikorbankan. Last sekali diri sendiri pun ikut merana. We don't want that kind of things, right?

P/S: Tengah fikir-fikir whether mau join program yang kawan tu offer or not. Macam mau join tapi takut nanti tertipu lagi. Adakah saya akan tertipu lagi? Nantikan jawapannya di minggu hadapan. Hahaha!

Tuesday, March 2, 2010

Saya Emo


Untuk pengetahuan anda semua, at this very moment, sy sangat teringin hendak menjerit sekuat hati. Tidak tau la kenapa. Sebab pada hari ini saya sangat emo kot. 

Kenapa cuaca sekarang sangat panas? Panasnya sangat lah bikin panas. Duduk diam-diam di rumah pun boleh berpeluh macam pegi jog or berkawad di waktu tengahari. Bayangkan, air pun panas. Niat mau mandi untuk sejukkan badan tapi lain plak jadi. Time mandi pun boleh berpeluh-peluh. 



"Arrrrrg!!! Geraaaaaaaaaaammmmmmm!!!"



Saya masih ingat waktu saya kecik-kecik dulu. Cuaca tidak lah panas macam ni. Dulu-dulu cuaca di kampung saya sejuk sampai mau mandi pun tidak sanggup. Tapi sekarang? Apa suda jadi? 

Nasib baik, di kampung saya tu cuacanya masih lagi sejuk sampai sekarang. Belum panas sebab masih banyak pokok-pokok. Di Shah Alam sekarang ni panas macam tuuuuut. Mungkin sebab kurang pokok. Ya la kan. Makin maju makin banyak bangunan dibina. Lepas tu pokok-pokok ditebang. Kesian.

Maka dengan itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita menanam lah pokok. Lagi banyak pokok lagi sejuk lah cuaca ni sebab makin banyak oksigen dihasilkan. Jangan beli aircond. Kalau kita guna aircond, walaupun ia menyejukkan rumah atau bilik kita, ia juga menyumbang kepada pemanasan global. Bagus guna kipas saja. Walaupun tidak se-kick aircond tapi at least tidak bagi kesan buruk sama environment. Tapi kan, ada aircond yang environment-friendly kan? So belilah lah aircond yang itu. Jangan beli aircond jenama X.

Alaa, cakap senang la kan. Suruh tanam pokok tapi saya sendiri tidak tanam. Macamana mau tanam, tanah pun tidak ada. Tambahan pula, saya tidak tau tanam pokok. So, the best I can do is remind you guys yang mampu and terer tanam pokok tu supaya tanam lah pokok-pokok. Saling ingat-mengingatkan itu amalan baik kan. Kalau saya ada tanah saya pun tanam pokok buah-buahan. Waktu petang boleh duduk di bawah pokok sambil makan buah. Sedap tu.

OK lah, rasa OK sikit sekarang lepas mencarut. Minta maaf lah tuan-tuan dan puan-puan kalau post ni buat kamu emo juga. Maybe lepas ni korang akan pikir macam takda faedah baca post ni, pas tu korang plak stress. So saya mintak maaf awal-awal. Kalau stress tu jom la kita nyanyi. Walaupun buat pencemaran bunyi, yang penting kita happy. Kan?


Gambar ni betul-betul ngam dengan saya. Pagi stress sebab panas. 
Malam pun stress sebab tidur x selese sebab panas.